Rawatan Alternatif Mahsuri

Tuesday, March 31, 2009

FIBROADENOMA BUKAN KANSER

Kurang daripada satu perempat benjolan di payudara adalah kanser tetapi sebenarnya agak sukar untuk membezakan adakah benjolan itu kanser atau bukan.Namun begitu kesemua benjolan di payudara mestilah diperiksa terlebih dahulu oleh pakar sebelum sebarang kesimpulan di buat.
Jenis-Jenis Simptom Benjolan


1-Fibroadenoma
2-Fibrosistik
3-Sista
4-Sista susu dan jangkitan
5-Intraductal Papilloma
6-Kanser
7-Kecederaan
8-Hormon
9-Penyebab yang tidak berbahaya termasuklah pertumbuhan kulit,tumor lemak (lipoma),
duct ectasia dan lain-lain.

Apakah itu Fibroadenoma?

Ia adalah tumor yang biasa ditemui di payudara wanita.Ia adalah satu benjolan tisu keras yang tidak berbahaya dan bukan kanser.Ia terjadi akibat peningkatan sensitiviti hormon oestrogen wanita.Kebiasaannya ia kenyal lembut dan mudah bergerak ke bawah kulit.Benjolan ini kenyal kerana ia mengandungi kolagen.Terdapat dua keadaan mereka yang mempunyai fibroadenoma iaitu tidak sakit atau sakit jika tersentuh.Ia biasa ditemui pada wanita muda tetapi boleh juga berlaku pada sebarang umur wanita.Fibroadenoma biasa ini mempunyai saiz satu hingga tiga sentimeter.Tetapi apabila saiz bertambah 5 sentimeter keadaan ini dinamakan fibroadenoma gergasi.Ia juga boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya akan hilang begitu sahaja.Sesetengah fibroadenoma yang kecil ini akan dapat dikesan semasa kehamilan dan semasa penyusuan bayi.

Sunday, March 22, 2009

MASALAH KETIKA MENGANDUNG

Kelahiran bayi ke dunia adalah satu anugerah yang paling berharga dari Illahi.Apabila seseorang wanita itu hamil, maka janin yang ada di dalam perut wanita itu juga mula membentuk dan mula
menjalankan fungsi sepenuhnya seperti sistem pencernaan yang mula membentuk secara berperingkat peringkat hingalah sempurna tetapi sampai bulan ke lapan kehamilan, air ketuban mula menjadi kotor dan bayi di dalam rahim akan mula menyerap dan makan kotoran yang berpunca dari sistem percernaan ibu yang tidak dapat menyerap bahan buangan dengan betul keadaan ini tidak baik untuk bayi dan perlu dielakkan.


Bahan buangan dari sistem pencernaan ibu ini dikenali sebagai Meconium yang mana ia bewarna hijau ia terjadi kerana air ketuban yang tidak dapat diserap oleh usus.Meconium ini jika tidak dapat dikawal akan menyebabkan ibu hamil tadi akan menjadi murung,tertekan dan menjadi satu tekanan perasaan buat ibu itu sendiri.Ia sam ibarat kita yang memakan kotoran sendiridan meminum air kencing sendiri yang memang kita tahu kotor dan boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit yang biasa menganggu kaum ibu seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan tekanan perasaan.

Selain itu semasa hamil juga ibu akan berkongsi makanan dan zat dengan bayi yang
dikandungkannya.Adakalanya di waktu darurat seperti ibu tidak dapat bekalan makanan secukupnya zat dan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh ibu juga akan disalurkan terus kepada bayi.Ini mengakibatkan si ibu akan menjadi lemah dan bernafsu makan yang tinggi iaitu selalu sahaja lapar dan menginginkan makanan yang tidak pernah dimakan sebelum ini ia juga dipanggil mengidam.Sebenarnya bukan bayi yang dikandung itu yang ingin makan kerana sifat bayi yang tidak meminta-minta dan ia hanya makan dan menerima apa yang diberikan oleh ibunya sahaja.Oleh itu keinginan itu adalah datang dari naluri ibu yang kadang-kadang mengidam makanan yang terlalu pelik.


Bukan sahaja masalah semasa mengandung malah semasa melahirkan dan selepas melahirkan juga akan berlaku masalah dan bukan semua proses bersalin itu berjalan normal ada ketika nya ibu juga berdepan dengan risiko semasa melahirkan contohnya tumpah darah yang banyak, masalah uri yang terlekat dan berbagai lagi oleh itu ibu yang hamil mestilah menjaga kandungannya dengan baik.Masalah boleh diatasi jika ibu mengamalkan pil Bersalin Indah yang dapat menghilangkan simptom yang tidak diingini terjadi ketika mengandung,semasa bersalin dan selepas bersalin.

Thursday, March 19, 2009

KERJA SAMBILAN

Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak stabil, banyak diantara kita yang mencari kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan isi rumah.Di sini kami juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memberi peluang kepada anda untuk menambahkan pendapatan hanya dengan bermodalkan RM30 sahaja anda layak untuk menjadi ahli dan juga akan menerima E-Book, Sofware dan script.

Untuk keterangan yang lebih lanjut sila layari http://tinyurl.com/nextcash

Sunday, March 15, 2009

KEMURUNGAN

Sesetengah dari kita selalu mengadu sakit badan,sentiasa lesu, lemah, dan rasa malas untuk melakukan sebarang aktiviti dan mengatakan ini semua berpunca dari kelitahan akibat bekerja keras.Adakah betul tekaan anda?Sebenarnya ramai yang tidak tahu yang tanda tanda atau simptom seperti itu bukan sakit badan biasa yang disebabkan oleh letih tetapi adalah tanda tanda anda berisiko untuk mendapat penyakit kemurungan.82 % orang yang pergi mendaptkan rawatan tidak mengetahui ia sakit dan manakala 18 % lagi mengambil pil anti kemurungan.

Sebenarnya untuk pengetahuan anda penyakit kemurungan ini adalah serius dan menjadi penyakit ke-empat serius didunia dan penyakit ini juga bukan penyakit yang sengaja diada-adakan lebih-lebih lagi dalam ekonomi gawat sekarang ini yang membuatkan ramai orang yang mengalami masalah dan mula berfikir banyak.Tanda-Tanda penyakit kemurungan ini ialah kurang minat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan,hilang mood dan rasa cepat marah, menjadi sensitif dan sedih tanpa sebab, hilang tumpuan pada kerja dan sampai satu tahap pesakit akan bertindak ingin membunuh diri akibat tekanan perasaan yang kuat.

Kemurungan ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonim dan noradrenalin.Serotonim ialah bahan kimia dalam saraf pusat yang boleh mengubah mood seseorang.Kemurungan ini juga boleh menyebabkan pesakit berisiko mendapat penyakit berbahaya lain seperti kencing manis.

Jenis-jenis kemurungan

1-Reaktif-Paling biasa dan disebabkan oleh trauma
2-Endogenus - Tidak dapat biasakan dengan kehidupan seharian dan adalah disebabkan unsur genetik.
3-Penyakit Bipolar - Penyakit kemurungan mania

Kemurungan ini dapat dicegah jika kita menjalani kehidupan dengan sabar dan tenang,jangan terlalu 'high expectation' hingga sukar untuk dicapai, rancang segala tugas dengan teratur, elakkan duduk bersendirian dan memikirkan sesuatu masalah, libatkan diri anda dengan aktiviti yang berfaedah, bawalah berbincang jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan yang penting jangan salahkan diri sendiri jika berlaku kegagalan.

Friday, March 6, 2009

RAHIM LONGGAR PUNCA BAYI PRAMATANG

Bagi kehamilan normal selalu kita dengar tempoh kehamilan sembilan bulan tujuh hari.Namun tidak semua bayi yang dilahirkan tepat seperti tarikh jangkaan.Kebiasaannya bayi akan lahir sedikit dan jika terlewat dari tarikh jangkaan akan mendatangkan risiko kepada ibu.Kelahiran yang lewat kan menyebabkan uri rosak dan bayi lemas.Bayi yang cukup bulan untuk dilahirkan ialah pada peringkat 37 minggu keatas dan jika dilahirkan lebih awal dari tempoh itu dinamakan pramatang.

Tempoh pramatang ialah antara 32 minggu hingga 36 minggu tetapi jika berlaku kelahiran dalam tempoh ini risikonya tidak tinggi tetapi kalau kurang dari 32 minggu iaitu 28 minggu contohnya risiko adalah amat tinggi.Pada kebiasaannya dalam tempoh 28 minggu ini bayi mempunyai berat sebanyak 1 hingga 1.2 kilogram dan ini katogeri tidak cukup berat badan dan masalah utama yang di alami ialah paru-parunya tidak kuat.

Faktor berlaku kelahiran bayi pra-matang

1. Disebabkan rahim yang mudah menguncup ini mungkin kerana keadaan ibu yang stress dan banyak bergerak atau tempoh bekerja yang terlalu panjang.Sebab lain mungkin perjalanan menaiki kenderaan yang kerap ditambah pula jalan yang bengkang bengkok dan tidak rata juga mengakibatkan rahim mudah menguncup.
2. Jangkitan kuman pada kandungan.Ini berlaku jika si ibu sering demam viral dan selsema.Selain itu jangkitan kuman di pundi kencing sering menyebabkan kuncupan rahim.
3. Rahim berpenyakit seperti mengalami ketumbuhan fibroid atau endometriosis.Atau keadaan rahim yang sempit dan ada juga kelahiran pramatang berlaku sebab pintu rahim ibu yang longgar mungkin kerana sebelum ini ibu pernah mengalami keguguran.Untuk mengelakkan rahim menjadi longgar ia perlu dijahit untu mencegah keguguran pada kandungan.
4. Berlaku apabila kelahiran kembar.

Tanda-tanda kelahiran pramatang

Berlaku apabila ibu mengalami sakit perut tiba-tiba dan perutnya mengeras walaupun tarikh bersalin masih jauh dan ini adalah tanda si ibu mengalami kuncupan rahim warming up sebelum sakit bersalin.Jika tanda ini ada pada kehamilan yang tidak cukup bulan teruslah bertemu dengan paka perbidanan terdekat supaya ibu mengalami proses melahirkan bayi pra matang dengan selamat.

Monday, March 2, 2009

Zat Penting Untuk Otak

Otak memerlukan khasiat yang mencukupi untuk berkembang baik dan otak perlu dijaga kerana ia adalah organ yang paling penting untuk manusia.Namun begitu adakah anda tahu apa zat atau khasiat yang cukup diperlukan oleh otak?

1)Protein - protein membolehkan otak menghasilkan bahan-bahan neurotranemitter untuk membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel ke sel yang lain.Dari protein juga terhasil enzim-enzim untuk berbagai fungsi sel.

2)Lemak - Melalui lemaklah tubuh badan kita dapat memperolehi bahan-bahan asas untuk membina mambran sel.Jika lemah dinding sel maka lemahlah sel otak.

3)Glukosa - Glukosa adalah sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi dan glukosa diperolehi dari kaborhidrat.

4)Garam Galian - Garam galian sperti magnesium,kalsium sodium,potassium dan selenium penting untuk sel berhubung antara satu sama lain dengan sempurna.Ia juga membantu dalam fungsi enzim.

5)Vitamin - Penting untuk menghasilkan bahan penting untuk otak dan ia berperanan untuk mempertahankan oksigen dalam otak.