Rawatan Alternatif Mahsuri

Friday, March 6, 2009

RAHIM LONGGAR PUNCA BAYI PRAMATANG

Bagi kehamilan normal selalu kita dengar tempoh kehamilan sembilan bulan tujuh hari.Namun tidak semua bayi yang dilahirkan tepat seperti tarikh jangkaan.Kebiasaannya bayi akan lahir sedikit dan jika terlewat dari tarikh jangkaan akan mendatangkan risiko kepada ibu.Kelahiran yang lewat kan menyebabkan uri rosak dan bayi lemas.Bayi yang cukup bulan untuk dilahirkan ialah pada peringkat 37 minggu keatas dan jika dilahirkan lebih awal dari tempoh itu dinamakan pramatang.

Tempoh pramatang ialah antara 32 minggu hingga 36 minggu tetapi jika berlaku kelahiran dalam tempoh ini risikonya tidak tinggi tetapi kalau kurang dari 32 minggu iaitu 28 minggu contohnya risiko adalah amat tinggi.Pada kebiasaannya dalam tempoh 28 minggu ini bayi mempunyai berat sebanyak 1 hingga 1.2 kilogram dan ini katogeri tidak cukup berat badan dan masalah utama yang di alami ialah paru-parunya tidak kuat.

Faktor berlaku kelahiran bayi pra-matang

1. Disebabkan rahim yang mudah menguncup ini mungkin kerana keadaan ibu yang stress dan banyak bergerak atau tempoh bekerja yang terlalu panjang.Sebab lain mungkin perjalanan menaiki kenderaan yang kerap ditambah pula jalan yang bengkang bengkok dan tidak rata juga mengakibatkan rahim mudah menguncup.
2. Jangkitan kuman pada kandungan.Ini berlaku jika si ibu sering demam viral dan selsema.Selain itu jangkitan kuman di pundi kencing sering menyebabkan kuncupan rahim.
3. Rahim berpenyakit seperti mengalami ketumbuhan fibroid atau endometriosis.Atau keadaan rahim yang sempit dan ada juga kelahiran pramatang berlaku sebab pintu rahim ibu yang longgar mungkin kerana sebelum ini ibu pernah mengalami keguguran.Untuk mengelakkan rahim menjadi longgar ia perlu dijahit untu mencegah keguguran pada kandungan.
4. Berlaku apabila kelahiran kembar.

Tanda-tanda kelahiran pramatang

Berlaku apabila ibu mengalami sakit perut tiba-tiba dan perutnya mengeras walaupun tarikh bersalin masih jauh dan ini adalah tanda si ibu mengalami kuncupan rahim warming up sebelum sakit bersalin.Jika tanda ini ada pada kehamilan yang tidak cukup bulan teruslah bertemu dengan paka perbidanan terdekat supaya ibu mengalami proses melahirkan bayi pra matang dengan selamat.

No comments: