Rawatan Alternatif Mahsuri

Friday, September 11, 2009

Gastritis Bukan Alasan Tidak Berpuasa

Setiap kali datangnya Ramadhan,gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.Tetapi adakah benar jika seseorang itru mengalami gastrik maka mereka tidak boleh berpuasa?Menurut doktor perunding, orang yang menghidap gastritis sebenarnya boleh berpuasa dan ia sebenarnya tidak memberi kesan buruk cuma mereka ini perlulah berhati hati dengan apa yang mereka makan.Jika simptom yang dialami mereka itu teruk dan memudaratkan maka mereka perlu merujuk kepada doktor tetapi sebenarnya hanya sebilangan sahaja yang tidak boleh berpuasa.

Pengambilan makanan adalah penting semasa bersahur dan waktu berbuka.Sebenarnya kebanyakkan dari kita selalu tidak selera untuk makan pada waktu pagi jadi untuk membangkitkan selera maka kita sering memilih makanan pedas untuk bersahur dan sebenarnya itulah yang kita harus elakkan.Setelah 14 jam berpuasa pulak dan tiba berbuka puasa kita juga harus mengelakkan dari memakan makanan yang bergoreng berminyak dan pedas kerana makanan seperti ini boleh menggangu sistem perut kita.Selain itu kita sepatutnya bersahur dengan makanan yang baru dimasak dan bukannya makanan yang di simpan semalaman.Kerana makanan yang telah dimasak dengan sempurna boleh mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan semasa berbuka puasa pula mulakan dengan makanan yang tidak beraty dan apabila selesai solat barulah makan makanan yang berat.Jika pesakit mengikuti rejim ini maka tidaklah berlaku masalah untuk menruskan ibadah puasa lagi.

Apa itu Gastritis?

Gastritis merupakan radang pada lapisan gastrik,sesetengah orang mengalami gastrik apabila minum minuman beralkohol,makan makanan pedas ataupun merokok.Selain itu gastrik juga boleh berlaku kepada seseorang yang telah menjalani pembedahan besar,kecedaraan traumatik,melecur atau jangkitan teruk dan penyakit anemia yang berbahaya juga boleh menyebabkan gastritis.

Apakah Simptom-Simptom Gastritis?

Biasanya pesakit gastritis ini akan mengalami simptom-simptom seperti muntah-muntah,sakit perut,kerap sendawa,perut kembung dan rasa loya-loya atau pedih ulu hati di bahagian perut dan jika terdapat darah dalam muntah atau najis ini menunjukkan ada kecederaan dalam lapisan bahagian perut.Tetapi simptom ini tidak spesifik dan kadang kala simptom ini telah berada didalam perut seseorang sudah lama dan apa yang penting corak pemakanan seseorang itu adalah penting untuk menjamin kesihatannya.