Rawatan Alternatif Mahsuri

Wednesday, October 28, 2009

Masalah Uri Rendah

Pembentukan uri terjadi selepas berlaku implantasi.Pada awal kandungan sel-sel uri akan aktif terbentuk dan membesar berbanding janin.

Fungsi Uri pada kandungan

1.Dari awal kandungan sehingga 3 bulan ,ovari ibu akan berfungsi mengeluarkan hormon dan zat yang diperlukan oleh kandungan tetapi selepas itu uri yang mula berkembang akan mengambil alih tempat itu .Uri melepaskan hormon penting untuk kesihatan kandungan dan jika uri tidak kuat maka keguguran boleh berlaku dan jika keadaan ini dapat dikesan awal maka perkara ini dapat dielakkan.

2.Sebagai perantara antara ibu dan bayi.Darah ibu mengalir kepada janin dan bahan kumuh janin pula disalurkan kepada ibu melalui uri.Bekalan oksigen dan zat makanan dihantar kepada janin melalui plasenta.Jika ibu menghidap penyakit darah tinggi semasa mengandung,uri turut terganggu di mana salur darah dalam uri menjadi sempit dan apabila darah tidak dapat mengalir sempurna maka bayi kemungkinan akan menjadi kecil saiznya kerana kurang zat penting.

3.Fungsi lain uri juga sebagai penapis darah sebelum sampai kepada janin.Segala bahan toksik pada bayi di tapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi

Kedudukan uri yang betul

Semakin besar kandungan maka saiz rahim juga akan meningkat.Bila berusia 28 minggu rahim akan megalami pembahagian kepada 2 iaitu upper segment dan lower segment.Kedudukan yang baik atau betuil ialah pada kedududukan upper segment iaitu segmen atas jika uri di bahagian bawah maka uri dikatakan rendah.Semasa bersalin segment atas rahim mengalami kontraksi dan segman bawah akan terbuka dan kontraksi tadi menolak bayi ke bawah pintu rahim.

Simptom-simptom uri rendah

Uri rendah menyebabkan ia sering berdarah dan pendarahan yang banyak akan membuatkan ibu dan bayi lemah.Selain itu uri yang rendah akan cepat rosak dan tisunya menjadi reput.hal ini menjejaskan kandungan.Sekiranya sering berdarah dan belum cukup bulan maka ibu akan dipantau oleh doktor.Ibu juga dilarang berjalan jauh dan bekerja berat.Sekiranya ultrasound menunjukkan uri terlampau rendah maka pembedahan ceasarean akan dilakukan.

kenapa berlaku uri rendah dan siapa yang berisiko?

a. Ibu yang mempunyai parut pada rahim(akibat pembedahan)
b.Spontan dan tiada siapa yang dapat tahu puncanya hal ini akan terjadi
c.Sekiranya kandungan yang sebelumnya ibu pernah mengalami uri rendah maka untuk kelahiran berikutnya ibu akan terdedah akan risiko yang sama

Monday, October 19, 2009

Jika Merancang Untuk Hamil

Ada antara pasangan yang baru mendirikan rumahtangga membuat perancangan untuk hamil .Oleh itu jika anda ingin menjalani kehamilan yang sihat dan tenang mudah sahaja iaitu lakukan persiapan yang secukupnya bersama pasangan anda dan idealnya enam bulan sebelum pembenihan.Berikut adalah persiapan yang boleh anda lakukan sebelum anda merancang untuk hamil :

1.Sebelum mengandung anda mestilah pastikan diri anda dan pasangan bebas penyakit terutam bagi diri anda.Antara penyakit yang harus dielakkan ialah campak,herpes,cacar,tetamus, dan sebagainya.

2.Anda dan pasangan di galakan makan makanan yang seimbang iaitu makanan yang mengandungi lemak,protein,kaborhidrat,vitamin, dan mineral secara seimbang

3.Kurangkan pengambilan makanan yang diawet kerana makanan seperti ini selalunya akan menganggu pertumbuhan dan kesihatan janin kerana makanan yang diawet ini sarat dengan zat-zat tambahan yang tidak diperlukan.

4.Anda digalakkan melakukan senaman dan amalkan senaman dalam kehidupan rutin anda

5.Perhatikan persekitaran kerja anda kerana jika anda dan pasangan anda bekerja di sektor perkilangan atau seumpanya dan dekat dengan bahan-bahan kimia atau mesin yang mengeluarkan radiasi ini akan memberikan kesan kepada kualiti sperma dan kesihatan janin anda.

6.Jauhilah amalan yang tidak sihat terutama aktiviti merokok,minum minuman keras dan mengabaikan waktu makan anda kerana ini semua berisiko untuk menghalang anda dari memiliki kehamilan yang sihat.

Sunday, October 11, 2009

Awasi Tiroid Sebelum Ia menjadi Kanser

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.

Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.

1-Hyperthyroidism

-Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah.Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki,ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga.Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :
*Denyutan jantung yang laju
*Sentiasa gelisah
*Timbulnya perasaan marah
*Penurunan berat badan
*Rambut gugur
*Sukar untuk tidur (insomnia)
*kurang daya tahan terhadap kepanasan
*Pusingan haid tidak teratur
*Mata menjadi besar
*Turun berat badan mendadak walau selera naik
*Cirit Birit
*Lemah tubuh badan
*Osteoporosis

2-Hypothyroidism

-Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon yang berisiko adalah wanita.Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyerang tiroid.Tanda-tanda penyakit ini ialah :

*kurang tenaga
*Rasa sejuk
*Denyutan jantung perlahan
*Depresi
*Berat badan bertambah
*Kurang daya ingatan
*kulit kering
*Rambut gugur
*Sembelit
*beguk
*Nafsu seks turun
*Suara serak

3-Beguk

-Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid.Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid.Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk.tanda-tanda beguk ialah :

*Rambut kering
*Bengkak di tengkuk
*kehilangan berat badan
*Perubahan haid
*jantung berdebar-debar
*cepat marah
*mata jadi besar
*perubahan kadar metabolisme

Dalam kes-kes teruk beguk boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas dan menelan.

4.Kanser Tiroid

-Benjolan yang terdapat di di tiroid.Lebih 90 peratus benjolan bukanlah kanser.Selalunya dapat dibuang melalui pembedahan samada dibuang semua atau sebahagian sahaja sahaja.Kanser tiroid peringkat awal tidak menunjukkan sebarang kesan.namun semasa kanser membesar,tanda-tanda kanser tiroid akan mula terasa seperti :

*benjol di bahagian depan leher
*Sukar untuk bercakap dalam suara yang normal
*Sukar menelan dan bernafas
*Rasa sakit di tekak dan leher

Monday, October 5, 2009

Air Proses Pembersihan Tubuh

Kita memang dinasihatkan untuk meminum air putih dengan banyak kerana jika kekurangan air badan kitab akan mudah terganggu oleh pelbagai dehidrasi,keletihan,kurang tumpuan dan boleh juga menyebabkan sakit kepala dan juga pelbagai masalah lain akan berlaku.Untuk pengetahuan anda 60 peratus dari tubuh kita adalah air jadi air memang penting untuk tubuh kita.

Minumlah dua gelas air putih, dua jam sebelum berolahraga dan sepanjang berolahraga itu sempatkanlah diri anda untuk minum beberapa teguk air setiap 15 minit dan minum dua gelas lagi bagi setiap 15 minit dan minumlah dua gelas lagi setelah selesai berolahraga.Potassium,Sodium,magnesium,chloride dan sulphur adalah sejenis mineral yang terdapat dalam air putih dalam kadar berbeza-beza iaitu bergantung kepada dari mana sumber air tersebut diperolehi.

Berhati-hatilah dengan air yang telah disuling kerana dlm proses ini kadar mineral akan berkurang, jika anda minum air yang disaring hampir semua mineral di dalamnya akan tertapis kecuali hydrogen dan oxygen dan anda tidak mendapat sumber mineral yang penting.Setiap kali anda minum satu gelas minuman yang mengadungi kafein sebaik-baiknya anda terus minum segelas air putih.Kerja organ tubuh banyak dipengaruhi oleh kandungan air di dalam badan seperti :

1.Jantung-Dehidrasi meyebabkan jantung bekerja dengan kuat kerana kadar air di bawah kadar darah dan tidak cukup untuk bekerja dan ini meyebabkan jantung mengepam dengan kuat untuk mengalirkan air ke pembuluh darah.

2.Ginjal-Air amat penting untuk proses penyaringan yang terjadi di ginjal,jika kekurangan air maka ginjal akan kekeringan sehingga terpaksa bekerja lebih keras.

3. Hati - Air sangat diperlukan oleh proses detosifikasi yg terjadi di hati.Molekul yang tidak berguna untuk tubuh akan dibuang keluar dengan bantuan air sehingga tubuh tetap terjaga kebersihannya

Friday, September 11, 2009

Gastritis Bukan Alasan Tidak Berpuasa

Setiap kali datangnya Ramadhan,gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.Tetapi adakah benar jika seseorang itru mengalami gastrik maka mereka tidak boleh berpuasa?Menurut doktor perunding, orang yang menghidap gastritis sebenarnya boleh berpuasa dan ia sebenarnya tidak memberi kesan buruk cuma mereka ini perlulah berhati hati dengan apa yang mereka makan.Jika simptom yang dialami mereka itu teruk dan memudaratkan maka mereka perlu merujuk kepada doktor tetapi sebenarnya hanya sebilangan sahaja yang tidak boleh berpuasa.

Pengambilan makanan adalah penting semasa bersahur dan waktu berbuka.Sebenarnya kebanyakkan dari kita selalu tidak selera untuk makan pada waktu pagi jadi untuk membangkitkan selera maka kita sering memilih makanan pedas untuk bersahur dan sebenarnya itulah yang kita harus elakkan.Setelah 14 jam berpuasa pulak dan tiba berbuka puasa kita juga harus mengelakkan dari memakan makanan yang bergoreng berminyak dan pedas kerana makanan seperti ini boleh menggangu sistem perut kita.Selain itu kita sepatutnya bersahur dengan makanan yang baru dimasak dan bukannya makanan yang di simpan semalaman.Kerana makanan yang telah dimasak dengan sempurna boleh mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan semasa berbuka puasa pula mulakan dengan makanan yang tidak beraty dan apabila selesai solat barulah makan makanan yang berat.Jika pesakit mengikuti rejim ini maka tidaklah berlaku masalah untuk menruskan ibadah puasa lagi.

Apa itu Gastritis?

Gastritis merupakan radang pada lapisan gastrik,sesetengah orang mengalami gastrik apabila minum minuman beralkohol,makan makanan pedas ataupun merokok.Selain itu gastrik juga boleh berlaku kepada seseorang yang telah menjalani pembedahan besar,kecedaraan traumatik,melecur atau jangkitan teruk dan penyakit anemia yang berbahaya juga boleh menyebabkan gastritis.

Apakah Simptom-Simptom Gastritis?

Biasanya pesakit gastritis ini akan mengalami simptom-simptom seperti muntah-muntah,sakit perut,kerap sendawa,perut kembung dan rasa loya-loya atau pedih ulu hati di bahagian perut dan jika terdapat darah dalam muntah atau najis ini menunjukkan ada kecederaan dalam lapisan bahagian perut.Tetapi simptom ini tidak spesifik dan kadang kala simptom ini telah berada didalam perut seseorang sudah lama dan apa yang penting corak pemakanan seseorang itu adalah penting untuk menjamin kesihatannya.

Thursday, August 27, 2009

Hindarkan keletihan ketika bekerja

Ada ketikanya seseorang pekaerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah.Bagi mereka yang bekerja di ladang atauvsebagai burug binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika mengunakan tulang empat kerat.Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat,berfikir,dan menghadap komputer.

Msalah ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan sikap malas,lesu dan bosan akan menguasai diri hingga boleh menjejaskan produktiviti kerja.Untuk menghilangkan rasa letih,beberapa petua boleh dicuba iaitu antaranya :

1-Bersifat Positif
Ketika bekerja,kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan sentiasa menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.Kita harus minat dalam pekerjaan yang kita buat.

2-Bersantai Sejenak
Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai.Lakukan dengan menarik nafas dalam dalamuntuk beberapa saat.Ini akan meningkatkan tumpuan ketika bekerja

3.Nikmati Humor dan ketawa
Pelbagai cara boleh di buat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa dan membangkitkan tenaga dan kesegaran.Akan lebih mudah menghadapi sesuatu pekaerjaan jika kita dalam keadaan tersenyum dari terus bermuram.

4.Bekerja secara sistematik
Buatlah skala kerja dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang dilakukan iaitu utamakan yang harus dilakukan dahulu supaya tidak kelam kabut.

5.Minumlah banyak air mineral
Dengan minum air putih dengan banyak dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh

6.Lakukan aktiviti fizikal
Jika kita terlalu banyak duduk atau berdiri akan menyebabkan otot-otot kita sakit dan letih jadi lakukan senaman ringan untuk mengendurkan otot-otot seperti mengerak-gerakkan badan di ruang kerja atau boleh turun naik tangga jika pejabat atau tempat kerja kita bertingkat.daripada kita mengunakan lift lebih baik kita naik turun tangga sebagai senaman ringan kita di tempat kerja.

Friday, August 21, 2009

Mengawal Kemarahan Sebelum Memakan Diri

Marah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat tapi apabila ia tidak dapat dikawal,emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda.Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian dan menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.Rasa marah
ini boleh disebabkan perihal dalaman dan luaran.Biasanya ia melibatkan perubahan fisilogikal dan biologikal seseorang ketika marah,tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormontenaga,adrenalin dan noradrealine jadi jika anda ingin hidup gembira dan sihat kawal kemarahan anda sebaiknya.


Caranya adalah seperti berikut :

1.Bertenang

-Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran.Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda.Ambik nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda,bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut.Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati',ulanginya berkali;kali sehingga anda rasa
tenang.Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata.Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.


2.Susun semula pemikiran

-Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran.Jadi setiap kali marah ,tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda "ia sungguh mengecewakan", "ia memang teruk", atau "saya
faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal".Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda .


3.Selesaikan masalah

-Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan.Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda,jangan lupa semak perkembangannya,selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

4.Komunikasi yang baik

-Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat.Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa.Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan
kemarahan.


5.Bertukar angin

-Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan.Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah.Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah
melancong untuk memperbaharui mood.


6.Marahlah secara sihat

Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri,marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak
memberi kesan pada diri sendiri